"Kahayaan Mai" merupakan bahasa Murut Tahol, yang bermaksud "Kehidupan Kami". Secara terperinci, maksud Kahayaan Mai ini dapat dirujuk melalui logo Kahayaan Mai. Kahayaan Mai lebih sinonim dengan kehidupan Orang Asal Murut Tahol yang sentiasa dekat dengan tradisi, alam, adat dan budaya. Namun, selari dengan peredaran masa, penduduk di sini juga perlu meningkatkan tahap sosio ekonomi mereka dengan mengabungkan cara tradisional dan juga moden. Oleh itu, dalam website ini anda akan melihat aktiviti yang telah dijalankan bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.
Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi penduduk Pagalungan dan Pensiangan yang melibatkan 5 buah kampung iaitu Kg.Salong, Kg.Sosogoh, Kg. Binanding, Kg.Silungai dan Kg.Sikalabaan. Seramai 112 peserta telah menyertai projek ini. Projek ini merupakan kerjasama serta inisiatif di antara organisasi PACOS Trust dan Yayasan Hasanah yang juga merupakan pendana untuk menjalankan projek ini.
Melalui program ini, ia dapat membantu komuniti meningkatkan tahap sosio -ekonomi mereka. Komuniti ini juga turut menghadiri latihan dan juga aktiviti pendedahan untuk meningkatkan lagi tahap kemahiran mereka Peserta tidak dikenakan sebarang bayaran, kerana kesemua kos latihan dan aktiviti adalah diberikan secara percuma.
Memberi latihan kepada peserta seperti:
Latihan Pertanian Mesra Alam
Latihan Kepimpinan
Latihan Keusahawanan
Latihan Perakaunan
Latihan Pemprosesan Makanan
Latihan Kraftangan
Program Lawatan & Pendedahan
Latihan Pemasaran
Latihan ini diadakan secara berperingkat, setakat ini sudah terdapat 5 siri latihan telah dijalankan bermula dari 9 Disember 2020 (Siri-1), 19 Disember 2020 (Siri-2), 12 Januari 2021 (Siri-3), 24 April 2021 (Siri-4) dan 22 November 2021 (Siri-5).
Kg. Binanding
Hasil positif impak daripada latihan yang telah dijalankan dan disertai, peserta kumpulan wanita di Kg. Salong dapat bekerjasama mengeluarkan hasil pertanian seperti jagung ayam dan berjaya dijual kepada pelanggan luar dan mendapat permintaan tinggi. Selain itu, peserta juga menanam tanaman seperti sayur-sayuran secara organik yang menggunakan kaedah rumah hijau, membuat baja organik dan dijual di sekitar kampung, menghasilkan kraftangan bakul rotan, dan dapat memasarkan produk mereka kepada pelanggan di bandar seperti di daerah Penampang dan Kota Kinabalu, dan juga pelanggan di sekitar kampung. Hasil daripada jualan ini, ia dapat membantu peserta program dalam meningkatkan tahap sosio ekonomi keluarga mereka.
Hasil tuaian cili padi daripada menggunakan baja organik Vermi-compost, setelah mengikuti Latihan Pertanian Organik Siri-2.
Hasil kraftangan rotan oleh Zerubil Saburan, selepas menyertai Latihan Kraftangan Siri-2.
Hasil tanaman baja jagung ayam dari kumpulan komuniti Kg.Salong, selepas menyertai Latihan Pertanian Mesra Alam Siri-1 dan Siri -2.
Tanaman sayur menggunakan kaedah rumah hijau di Kg. Sikalabaan yang bermula dari bulan Julai 2021. Selepas mengikuti Latihan Pertanian Mesra Alam Siri -1 dan Siri - 2.
Baja organik yang dihasilkan oleh peserta setelah mengikuti Latihan Pertanian Mesra Alam Siri-3.
Hasil tanaman sayur menggunakan kaedah rumah hijau di Kg. Binanding yang bermula dari bulan September 2021, selepas mengikuti Latihan Pertanian Mesra Alam Siri-4.