Dalam latihan pemprosesan makanan, peserta mempelajari cara-cara membuat ikan tausi, ikan sardin, kuih koci, serunding tuhau, dan pizza. Latihan ini juga telah disampaikan oleh Pn. Anjelen Daransun dan Pn. Maria Benedict Lasimbang.
Membuat kuih koci
Pn. Maria sedang memberi penerangan bahan-bahan yang diperlukan membuat kuih koci menggunakan ubi manis
Pn. Nurmawaty, peserta dari Kg.Salong menunjukkan kuih koci yang sedang dikukus
Peserta juga diberi peluang membuat kuih koci bersama-sama
Memasak Ikan Sardin
Puan Maria sedang menunjukkan cara-cara memasak ikan sardin
Puan Anjelen sedang menambah perisa ikan sardin
Hasil ikan sardin yang telah dimasak tanpa menggunakan pewarna tiruan
Memasak Ikan Tausi
Membuat Serunding Tuhau
Peserta sedang memotong bahan-bahan untuk penyediaan membuat serunding tuhau.
Tenaga pengajar sedang memberikan demo penyediaan serunding tuhau.
Serunding tuhau yang siap untuk dihidangkan.
Membuat Pizza
Tenaga pelatih bersama dengan peserta menyediakan campuran untuk resepi pizza mereka.
Pizza yang telah diadun dimasukkan kedalam ketuhar tanah liat yang dibina oleh peserta.
Hasil pizza yang dimasukkan dalam ketuhar tanah liat dan sedia untuk dihidangkan.