Terdapat tiga topik yang diberikan dalam pertanian mesra alam seperti penyubur tanaman, vermicompost dan pembiakan tanaman.
Latihan ini disampaikan oleh Puan Anjelen Daransun dan Puan Maria Benedict Lasimbang. Latihan siri 1-3 telah diadakan di Kg. Tiga Bundu Tambunan dan latihan siri 4 telah dijalankan di 5 buah kampung yang terlibat.
Objektif utama latihan ini adalah untuk menggalakkan peserta menggunakan bahan-bahan organik dalam proses penanaman mereka bagi memastikan tanaman yang dihasilkan bebas daripada penggunaan racun-racun kimia.
Pn. Anjelen memberikan penerangan untuk membuat baja NPK
Proses membuat baja NPK menggunakan daun kekacang
Pn. Maria memberikan penerangan tentang cara-cara untuk menternak cacing African Night Crawler
Pn. Maria memberikan demo untuk menjaga cacing African Night Crawler
Pn. Anjelen & Pn. Maria memberikan demo untuk membuat pembiakan tanaman cantuman baji
Pn. Maria & Pn. Anjelen menerangkan cara untuk membiakkan tanaman menggunakan teknik “marcot”